Assalamualaikum.
Menemui Mei yang tersayang.
Maaf atas keterlewatanku menyusul dirimu dengan kiriman warkah ini.
Semoga kehadiranmu dapat menceriakan hidupku sehari-hari dalam bulan mendatang ini.
Mei....
Seperti yang engkau tahu, dalam dirimu penuh dengan tarikh-tarikh keramat. Sangat banyak. Hingga aku merasakan kadang-kadang, dirimu menjadi penyebab aku berasa kopak.
Engkau juga seolah-olah memaksa aku untuk mengingati beberapa tarikh keramat yang bakal memboloskan poket dan jiwaku.
Namun demi engkau, Mei....
Kali ini untuk kesekian kalinya aku sudah mula mahu berazam. Aku berazam untuk tidak mahu membiarkan kekopakan ini berlarutan. Ini kerana kehidupan serba GST ini benar-benar meragut kebebasanku untuk berbelanja.
Walaupun begitu, Mei tetap akan kukenang dan sanjung kerana tanpa Mei, mungkin ibuku akan lahir pada Jun. Tanpa Mei, mungkin aku tidak berpeluang untuk mengenang pemergian ibuku. Al-Fatihah ibu.
Salam hormat,
Faridah Ahjumma.
Aku adalah seorang wanita tua yang sekadar mengabadikan segalanya di sini.
Showing posts with label My Journey of Life. Show all posts
Showing posts with label My Journey of Life. Show all posts
Thursday, 7 May 2015
Surat buat Mei (yang terlewat)
Thursday, 1 January 2015
"Sampai Jumpa Di Tahun Hadapan"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.
Hari ini hari pertama tahun 2015. Tentang semalam? Ya, tentang malam tadi. Saya tidur awal setelah mata terlalu kelat untuk menghabiskan filem The Dark Knight Rise yang tertayang di siaran RCTI.
Setelah berwuduk dan berbaring, zikir dialun perlahan (bukan zikir Ya Hanana), membaca tiga Qul dan melunakkan kepala di bantal, saya lantas memandang angka waktu di telefon bimbit. Angka tertera: 11. 32 malam.
Bisik saya pada diri sendiri, "Sampai jumpa di tahun hadapan, wahai diriku."
Dan benar, saya terjaga jam 6.00 pagi tadi pada tahun baru. Alhamdulillah.
Doakan saya terus istiqamah!
Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!
Wednesday, 31 December 2014
Yang Terakhir untuk 2014
Assalamualaikum pembaca.
Satu lagi tahun sudah berakhir. Ia terbang seperti burung madu, membungkam udara dengan sayap yang bergetar lembut. Saya belajar banyak perkara dalam peredaran masa di sepanjang tahun ini. Telah banyak yang saya alami antara sakit dan gembira, naik dan turun fasa, penyesalan dan harapan.
Saya merenungi laluan saya ini begitu lama. Banyak yang telah saya pelajari. Belajar untuk terus bangun, belajar untuk menerima seadanya kehidupan saya, belajar untuk diam dan sabar.
Apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup saya?
Mungkin 2014 adalah satu titik harapan bagi menguji kemampuan saya. Mungkin juga ia titik permulaan untuk saya mencari apa kemahuan saya. Ataupun ia mungkin satu titik untuk pemula bagi insan seperti saya. Ternyata usia saya ini sudah semakin lewat dan saya sudah semakin dewasa namun belum lebih bijaksana. Dan semua itu akan saya asah untuk dibawa terus ke tahun 2015. Dengan izin-Nya.
Di Tempat Kerja:
Jatuh bangun saya dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi benar-benar menjadikan saya manusia. Walau kini masih ada tugasan yang terbengkalai dan ditunda, namun saya tidak akan berhenti di sini. Saya akan terus melangkah. Saya mampu menulis. Alhamdulillah.
Perubahan Diri:
Saya berhasil untuk tetap kuat di kaki sendiri.Saya ingin, tidak, saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahwa saya mampu berdikari, bebas dari perisai keluarga. Saya berhasil berdikari bersama orang-orang yang saya pilih untuk hidup dalam dunia saya. Pilihan yang diizin Tuhan untuk saya. Suka duka saya tidak keseorangan. Dalam keseorangan saya sentiasa ada Tuhan dan mereka. Saya sudah berpurdah. Perubahan besar yang saya lakukan untuk diri saya. Alhamdulillah.
Dalam diri setiap manusia ada sebuah bilik. Bilik itu kosong pada asalnya. Manusia itu sendiri yang berhak untuk menghias biliknya. Bagi saya, saya akan menghias 'bilik' saya itu semampu dan secantik mungkin supaya pada masa hadapan, saya mampu untuk tersenyum dan gembira tatkala memandang 'bilik' itu untuk mencuci mata dan jiwa.
Doakan saya terus istiqamah!
Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!
Dari Fail:
My Journey of Life,
My Life,
My Words,
My Work
Thursday, 23 October 2014
Soal Jawab Sebab Berpurdah
Assalamualaikum pembaca.
Lama sungguh Ahjumma tak mengisi blog Ahjumma ni. Di sini Ahjumma kongsikan cerita ini.
-----------
Adik kecik lelaki yg tgh makan aiskrim terserempak seorang kakak berpurdah di jalanan. Lalu beliau mengambil kesempatan itu bertanyakan beberapa soalan:
Adik: "Kak, kenapa orang pakai purdah? Jelitakah mereka?"
Kakak purdah: "Salah. Majoritinya tak lawa. Contohnya akak pakai kerana akak rasa nak pakai."
Adik: "Kenapa akak nak pakai?"
Kakak purdah: "Sebab akak nak pakai lah."
Adik: "Kenapa?"
Kakak purdah: "Kenapa adik pakai seluar? Itulah jawapannya."
Adik: "Oh. Saya selalu nampak kakak-kakak purdah menggedik di facebook letak gambar macam-macam gaya. Gedikkah mereka sebenarnya?"
Kakak purdah: "Mereka juga wanita. Wanita tak dapat lari dari kegedikan. Tambah-tambah lagi yang bujangan dan facebook ada ramai lelaki gatal."
Adik: "Kenapa?"
Kakak purdah: "Kenapa adik bila nampak mainan or game PS3 ke adik tergedik-gedik nak suruh mak ayah beli? Itulah jawapannya."
Adik: "Oh. Adik kan kecik lagi, dorang kan dah tua bangka. Sama ke?"
Kakak purdah: "Whateverrrrrrr."
Adik: "Mereka tak malu ke? Kalau dah tutup semua pun masih gedik-gedik lagi? Apa beza dorang dengan orang biasa?"
Kakak purdah: "Katalah adik dengan kawan-kawan adik duduk dalam kelas sama-sama, tiba-tiba seorang berkentut bau telur harum semerbak satu kelas. Adik boleh cam ke siapa yang kentut tak berbunyi tu? Seorang kentut, semua kena. Padahal tak semua kentut. Itulah jawapannya."
Adik: "Oh..kenapa makin ramai pakai purdah sekarang? Tapi tak ramai yang berpurdah perangai baik. Kenapa?"
Kakak purdah: "Katalah adik pergi pantai jumpa tiram yang ada mutiara kat dalam dia. Apa perasaan adik? Excited tak? Tapi tak semua tiram tu ada mutiara. Kadang-kadang buka kosong je, kadang-kadang ada ulat. Itulah jawapannya."
Adik: "Nah..eskrim kat akak..upah jawab soalan."
Kakak purdah tu pun amik eskrim tu, tapi masa nak makan tu adik pun ternampak wajah sebenar kakak purdah tu.
Ternganga adik tersebut.
---------
Dalam dunia ini, tak semua soalan ada jawapannya. Kadangkala pula ada jawapan yang tidak memuaskan hati kita. Sebab itu Allah ciptakan hati manusia itu memiliki tuan-tuan yang tersendiri. Mereka berhak menilai dan menjawab soalan dan persoalan mereka sendiri. Wallahu a'lam.

Thursday, 16 October 2014
Friday, 9 May 2014
Cerita tentang Kapsul Nurani
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.
Apa itu Kapsul Nurani? Ia adalah sebuah buku yang menghimpun 50 karya menarik daripada 50 orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah Ahjumma. Ya. Ahjumma... (kau ada?)
Terima kasih Allah atas anugerah ini. Karya Ahjumma bersama 49 penulis lain sudah berada di tangan Ahjumma akhirnya. Ahjumma berjaya memegang naskhah ini pada 6/5/14 walaupun ianya sudah terbit sebulan yang lalu serta telah digempar-gempurkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Apa-apa pun, Alhamdulillah.
Setiap penulis yang karyanya dikongsikan dalam buku ini akan mendapat 20 naskhah percuma daripada pihak penerbit.
Nak tahu lebih kanjut tentang pembikinan dan pengurusan buku ini, bolehlah klik link di bawah caption gambar-gambar yang berikut ini.

![]() |
| Antara iklan sebelum PBAKL Dari laman sesawang Kapsul Nurani |
![]() |
| Kesungguhan iklannya (Masa ni, Ahjumma cuma mampu telan air liur je sbb tak dpt pegang lagi buku ni) Ehsan laman sesawang Kapsul Nurani |
Di sini Ahjumma bukan nak cerita pasal isi buku ataupun buat review ke apa. Ahjumma cuma nak cerita pengalaman Ahjumma dalam mendapatkan naskhah percuma yang 20 buah ni.
Pada awalnya, Ahjumma cadang nak minta pihak penerbit poskan terus buku ini dari Kuala Lumpur ke Johor. Namun, berbetulan dengan pesta buku dan syarikat tempat Ahjumma kerja ni ada join pesta buku tu juga, maka Ahjumma minta tolong daripada sahabat agar buku ini dibawa balik bersama pengangkutan lori yang membawa balik semua stok buku-buku kami selepas pesta buku.
Nak dijadikan cerita, mereka yang membantu ini tadi, tidak membuat pengasingan ketika menyusun buku dalam kotak untuk dimasukkan ke dalam lori (dapat bawa balik ke Johor pun dah cukup bagus, Ahjumma oiiii!).
Ketika tiba di Johor, kotak-kotak buku yang banyak ini (bayangkan, sepenuh 7 buah lori), telah dihumban dengan jayanya ke dalam stor. Sekali lagi diulangi, dihumban ya, bukan disusun dengan cantik dan penuh sistematik. Lori-lori tersebut tiba di Johor pada jam 3 pagi. Yang bekerja memunggah kotak-kotak tersebut hanya 4 orang. Mana larat nak susun bersistem dalam keadaan stor yang gelap (stor tersebut tiada bekalan elektrik).
Apabila Ahjumma mendapat berita tentang kepulangan mereka dari PBAKL keesokan harinya, Ahjumma terus tak sabar (waktu ni tak terbayang lagi rupa stor yang tunggang-langgang tu). Ahjumma ajak dua orang sahabat iaitu Cik Puan Maslina Ngadiman (karya dia pun termuat dalam Kapsul Nurani ni) dan Cik Farhana untuk pergi ke stor itu bagi mencari buku Kapsul Nurani ni.
Berbekalkan tenaga Ahjumma dan dua lagi sahabat yang hebat, kami berjaya mengorek buku ini dari timbunan buku-buku yang pulang dari PBAKL di stor yang sangat padat itu.
Dimulakan dengan lafaz basmalah, kami sama-sama membuka laluan untuk mudah berdiri dan selesa bagi memunggah dan menyelongkar setiap isi kotak yang ada di depan mata.
Akhirnya, usaha kami tidak sia-sia. Buku berharga ini ditemui dalam salah satu kotak yang belum habis 1/3 dari stor diselongkar.
"Subhanallah!" Kata-kata pertama terpacul dari mulut Cik Puan Maslina Ngadiman ketika terpegang naskhah ini. Kapsul Nurani dibawa ke dadanya. Didakap erat umpama ibu yang menemui anaknya yang hilang selama berhari-hari. (Hehehehe.)
"Haaaa...kan.... Allah dah balas. Alhamdulillah. Tu la...instict tu memang perlu." Ujar Cik Farhana dengan wajah ceria berserta senyuman yang melebar. Perkataan 'instict' itu memang sudah hampir 50 kali disebut sejak mula kaki kami dijejak di stor yang penuh itu.
Ahjumma? Kaku seketika. Hingga Cik Farhana berkata, "Kak, bagi ustazah rasa buku tu. Dia belum pegang lagi."

| Tuan punya blog yang ceria bila dapat pegang buku Kapsul Nurani. Padahal bukan buku dia sorang pun, tapi hasil usahasama 49 orang penulis lain dan para editor Celik Huruf yang hebat2! |
Ah! Kebab dan kopi arab di Restoran Hanin. Alhamdulillah. Itu reward kami bertiga.Oh, ya! Naskhah yang berjaya 'digali' dari timbunan kotak-kotak di stor tu cuma 19 buah saja. Selebihnya masih tertimbus ya. Ada sesiapa nak tolong carikan? Hehe.
Review buku ini? Nanti Ahjumma buat dalam entry lain. Entry yang ini dah panjang sangat.
Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!
Monday, 24 March 2014
Dunia, Jangan Tipu Aku
Saya hanya insan biasa. Banyak kelemahan dan kekhilafan diri. Tidak layak untuk menasihati, hanya ingin berkongsi kebaikan. Saya sedang belajar mendidik diri menulis kerana Allah. Apa yang saya rasa dan alami, saya akan luahkan lewat nukilan. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga kita sama-sama beroleh keredaan, rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
"Ditakuk mana saya duduk, itu hak saya. Saya di sini atas rasa suka dan saya membuat kerja saya yang sekarang ini atas rasa ketenangan diri sendiri kerana dengan kerja ini menjadikan saya lebih erat dengan yang Esa." ~Pekerja.
"Saya sudah penat dituduh sebagai penghalang masa depan orang lain. Saya pernah diumpatkeji disebabkan oleh hal ini. Sedangkan saya hanya sekadar meluah pendapat. Jika saya bertegas untuk tidak mahu memberi pendapat, itu bererti saya tidak mahu turut terlibat dengan keputusan masa depan orang lain. Jika ingin berjaya, biar berjaya tanpa ada 'nama' saya. Saya sendiri berusaha untuk berjaya dengan tidak membawa nama orang lain. 'Nama' orang lain itu sering mengungkit!" ~Isteri.
"Sesiapa yang ingin mengejar sesuatu yang dirasakan baik untuk ketenangan diri dan kepuasan jiwa, teruskan. Saya tidak mahu dikatakan sebagai batu penghalang, biarlah saya menjadi satu batu loncatan ke arah yang lebih baik. Moga hidup lebih diredai. Amin." ~Rakan baik.
"Apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari; apabila kita mengejar akhirat, maka dunia akan mengejar kita." ~Kata hikmah.
Saturday, 8 March 2014
Selamat hari lahir, Ahjussi!!!
Assalamualaikum dan selamt sejahtera pembaca....
Hari ini Ahjumma nak buat dedikasi untuk Ahjussi (Encik Suami). Tarikh hari lahir beliau adalah hari ini dan Ahjumma suka nak cerita sikit tentang Ahjussi ni. Dia seorang yang pelembut (bukan 'tak tahan mak' ya) dan penyabar. Kami sudah mendirikan rumah tangga hampir 16 tahun (Alhamdulillah). Selalu bergaduh dan cepat-cepat berbaik semula (sedangkan lidah lagi tergigit, kan?). Ahjumma suka cari pasal manakala Ahjussi pula suka duduk diam-diam.
Ahjussi sangat pandai mengambil hati Ahjumma. Dia tidak pandai marah dan bila marah mesti Ahjumma akan tergelak diam-diam (sebab kelakar). Jiwa Ahjussi sangat sensitif. Dia suka budak-budak kecil dan sangat suka dengan kucing. Makanan feberet dia adalah masak kari, masak merah, kuzi dan masak kurma. Ahjumma tak pandai masak lauk-pauk feberet dia tu, tapi dia tak pernah marah sebab dia kata, boleh beli dan lebih jimat berbanding masak sendiri.
Ahjussi seorang pekerja yang tekun, rajin dan amanah. Selama kami di obesi dulu, dia pernah bekerja dengan seorang majikan arab. Majikan arab tu sangat suka dengan dia. Bila dah balik Malaysia, kami mula bekerja dengan majikan yang sama. Majikan kami tu pun suka dengan dia berbanding dengan Ahjumma. Bila kami tukar kerja dengan syarikat lain dan majikan lain, dia tetap menjadi pekerja yang disukai majikan baru berbanding Ahjumma (Ahjumma tak kisah pun sebab memang Ahjumma tak suka nak menonjolkan diri sangat. Hehehe....)
Ahjussi adalah pemandu peribadi Ahjumma. Dia sangat baik hati nak bawa Ahjumma kemana saja dengan kereta kami tu sebab Ahjumma seorang yang tidak pandai memandu. Kalau anak-anak nak kemana-mana pun, dia akan bawa dan ambil semula dari tempat tu.
Ahjussi seorang penyemat. Dia tak pandai sangat pakai t-shirt kalau keluar ke mana-mana. Tapi Ahjumma selalu paksa dia untuk pakai t-shirt supaya kelihatan lebih santai. Itupun makan tahun juga nak paksa dan sekarang dia dah boleh pakai t-shirt tapi dengan syarat mesti berkolar.
Buat Ahjussi: Terima kasih kerana sudi jadi suami yang baik untuk Ahjumma dan sudi terima Ahjumma seadanya. Terima kasih juga kerana menjadi papa yang sempurna untuk anak-anak kita. Ahjumma sayang Ahjussi sangat-sangat. Bermacam dugaan yang telah kita hadapi dalam kehidupan kita selama hampir 16 tahun berumah tangga. Semua itu telah mematangkan kita berdua dan mengajar kita untuk sentiasa tenang dan redha. Moga hubungan kita akan terus berkekalan hingga ke anak cucu dengan limpahan harta dan kasih sayang sepanjang hayat. Allahumma amin....
Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!
Tuesday, 25 February 2014
Denai dan Pantai

Aku menyusuri denai itu lambat-lambat. Kakiku yang tidak beralas seakan dapat menikmati rasa tanah yang lembut. Aku mendongak ke langit. Memicing mata melihat silauan mentari pagi di celah-celah dedaunan pokok yang meninggi. Damai di sini. Senyum sendiri. Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk menghirup udara segar pagi ini.
Hati ini kini tenang. Memerhati si kecil yang sibuk berlari melintasi diriku yang masih di situ. Berlari menuju ke hujung untuk segera menemui pantai. Aku tidak mahu lagi menjadi pemerhati. Lariannya ku iringi juga. Aku juga mahu bergembira di tepian pantai itu bersama mereka yang sudah sedia menanti dengan khemah yang sudah siap berdiri.
Pantai, jadikanlah aku setenang dan segagahmu. Tabah mengharung lautan nan luas. Petah berbicara dengan alam. Teguh menghempas bebatu. Moga dugaan hidup ini akan dapat aku harungi setenang dan sehebatmu. Berkati diriku ya, Allah.
“Ummi, cepatlah!” Anak kecil yang petah itu memanggilku sambil tangannya melambai-lambai. Aku hanya membalasnya dengan anggukan laju dan senyuman. Kakiku kini sampai di penghujung denai. Aku menoleh ke belakang. Ingin membezakan suasana tenang dan suram di susuran denai dengan keindahan dan kecerahan suasana pantai. Dua keadaan yang berbeza. Dahulu, denai yang tenang dan suram itu ibarat aku. Kesuraman itu terlalu banyak cabarannya. Namun cabaran itu yang kulalui telah berlalu. Tetapi masa lalu itu tetap menjadi sebahagian daripada diriku.
Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

Wednesday, 19 February 2014
Punca Perceraian Adalah Curang?
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.
Hari ini banyak sangat isu perceraian yang berlaku. Mereka yang bercerai ini pula, bukan yang baru setahun jagung melayari bahtera perkahwinan, ada yang sudah 7 ataupun 9 tahun berkahwin. Yang menambah kepelikan Ahjumma, jika mereka mampu bertahan selama itu, mengapa mereka mahu bercerai pula?
Mungkin ada yang kata, "Selama 7 ataupun 9 tahun itu, adalah perjalan rumah tangga yang dipenuhi azab. Sekarang sudah tidak mampu bertahan lagi tambahan pula, usia semakin lanjut."
Ataupun ada yang nak kata, "Masa setahun dua dulu, masa pasangan tunjuk belang, kita masih belum ada pengalaman untuk turun naik mahkamah. Sekarang ini, kalau nak cerai saja, sudah boleh google saja cara dan prosedurnya." Boleh gitu?
Saturday, 15 February 2014
Coretan dalam Majalah Jelita
Hari yang tidak mampu untuk berkata-kata apabila terbaca coretan sendiri dalam Majalah Jelita Februari 2014. Ah! Biar gambar sahaja yang berbicara. Terima kasih Majalah Jelita.
Terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
Tuesday, 11 February 2014
Sketsa Puasa Anak Kecil
Hadis daripada Sahal Bin Saad bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa salam bersabda, “Sesungguhnya syurga mempunyai pintu yang bernama ar-Rayyan, ia dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa, dia tidak akan dimasuki oleh sesiapa pun kecuali orang yang berpuasa. Pada hari kiamat malaikat akan memanggil di manakah orang-orang yang berpuasa? Maka selepas dipanggil mereka pun masuk, maka selepas sahaja mereka masuk, pintu akan ditutup.”
Ini sketsa sewaktu di Jordan....
Monday, 10 February 2014
Seorang yang Biasa-biasa
Dalam mendaki tangga usia, Ahjumma sering menoleh ke belakang untuk melihat sudah sejauh mana Ahjumma pergi. Ahjumma bersyukur kerana masih diberi nafas dalam iman dan Islam bersama keluarga yang indah yang Allah kurniakan.
Untuk entry dalam label ini, Ahjumma akan ceritakan perjalanan hidup seorang Ahjumma. Seorang yang biasa-biasa sahaja. Perkongsian ini adalah sebagai catatan kenangan selagi Ahjumma masih mampu mengingati segalanya.
Secara ringkasnya, Ahjumma adalah seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada dua orang puteri. Ahjumma bekerja di luar bidang pembelajaran degree. Bekas pelajar aliran agama dari menengah rendah hingga ke universiti. Pernah menuntut di luar negara dengan hasil titik peluh keluarga dan duit pencarian sendiri. Bekas pelajar nakal yang akhirnya menjadi seorang editor tidak ternama.
Subscribe to:
Posts (Atom)