Friday 8 May 2015

Cerita Adik Kakak (2)

Assalamualaikun dan selamat sejahtera pembaca.
--------------------------------

Setelah menghabiskan kerja-kerja sekolah, kakak menghampiri adik yang sedang bermain-main dengan anak patungnya di hadapan televisyen.

Kakak: Adik, kakak nak tidur lah.

Adik: Ok.

Kakak: Nak tidur atas riba adik.

Adik: Ok. (Sambil meluruskan kaki dan menepuk-nepuk ribanya yang kecil itu agar kakak dapat berbaring di situ.)

Kakak pun meletakkan kepalanya dengan selesa di riba adik.

Adik: Nak pok-pok tak?

Kakak: Nak-nak.

Adik: Nak dodoi?

Kakak: Mestilah.

Adik: Ok. Nak lagu apa? Hasbi rabbi ke, La ilaha illallah?

Kakak: La ilaha illallah lah.

Adik: Hasbi rabbi je lah.

Kakak: Kakak nak la ilaha illallah.

Adik: Hasbi rabbi je.... (sambil menekan suaranya dan mula mendodoi zikir hasbi rabbi)

Kakak: (Suara tak puas hati) Tadi bagi pilihan kat kita tapi kesudahannya dia yang pilih. Entah apa-apa.

Blur.

*"Adik" dalam cerita ini berusia 3 tahun. Manakala "Kakak" pula, 16 tahun.

Sekian.

Thursday 7 May 2015

Surat buat Mei (yang terlewat)

Assalamualaikum.

Menemui Mei yang tersayang.

Maaf atas keterlewatanku menyusul dirimu dengan kiriman warkah ini.

Semoga kehadiranmu dapat menceriakan hidupku sehari-hari dalam bulan mendatang ini.

Mei....

Seperti yang engkau tahu, dalam dirimu penuh dengan tarikh-tarikh keramat. Sangat banyak. Hingga aku merasakan kadang-kadang, dirimu menjadi penyebab aku berasa kopak.

Engkau juga seolah-olah memaksa aku untuk mengingati beberapa tarikh keramat yang bakal memboloskan poket dan jiwaku.

Namun demi engkau, Mei....

Kali ini untuk kesekian kalinya aku sudah mula mahu berazam. Aku berazam untuk tidak mahu membiarkan kekopakan ini berlarutan. Ini kerana kehidupan serba GST ini benar-benar meragut kebebasanku untuk berbelanja.

Walaupun begitu, Mei tetap akan kukenang dan sanjung kerana tanpa Mei, mungkin ibuku akan lahir pada Jun. Tanpa Mei, mungkin aku tidak berpeluang untuk mengenang pemergian ibuku. Al-Fatihah ibu.

Salam hormat,
Faridah Ahjumma.

http://faridahahjumma.blogspot.com/

Wednesday 6 May 2015

Cerita Adik Kakak (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

------------------------------

Mereka sedang duduk-duduk menonton drama di kaca televisyen.
Tiba-tiba kakak tersedak.

Kakak: Adik, tolong ambilkan kakak air minum di dapur.

Adik: Ok.

Adik bangun dan jalan terkedek-kedek menuju ke dapur dan menekan air putih dari water dispenser ke dalam gelas. Setelah air dalam gelas penuh, adik melangkah ke ruang depan sambil memegang gelas penuh hati-hati. Takut air dalam gelas tumpah. Sampai di garisan pemisah ruang, adik berhenti.

Adik: Kakak, adik minum sikit ya, airnya.

Kakak: Jangan, tu kan air kakak.

Adik: Air adik lah. Kan adik yang ambil.

Kakak: Air kakak kan? Sebab kakak yang minta tolong adik ambilkan.

Adik: Bukan. Air Adik. Adik minum tau.

Kakak: Jangan. Tak baik tau minum dulu sebelum orang yang tua minum.

Adik: Ok, orang tua nak minum air adik, ya?

Blur.

*"Adik" dalam cerita ini berusia 3 tahun. Manakala "Kakak" pula, 16 tahun.

Sekian.

Friday 13 February 2015

Pemergian Sang Murabbi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.

-----------------------------------------------------

Janganlah engkau bersedih, duhai hati....



Daripada Jabir bin Atik radhiallaahu anhu, ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjenguk Abdullah bin Sabit Radhiallaahu anhu, baginda mendapatinya sudah nazak.

Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam memanggilnya namun beliau sudah tidak menjawab lagi, kemudian baginda mengucap istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) sambil bersabda, “Kami terlambat mendatangimu, wahai Abu Rabi.”

Maka para wanita yang hadir pun menangis, dan Ibnu Atik berusaha untuk mendiamkan mereka, namun Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda lagi, “Biarkan saja mereka. Apabila datang kepastian maka janganlah ada yang menangis lagi.”

Ibnu Atik bertanya, “Apa kepastian itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kematian.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud, hadis ini sesuai lafaz Abu Daud).

Ini menujukkan larangan menangisi orang yang telah meninggal dan kebenaran menangisinya sebelum meninggal. Larangan tersebut diperkuat dengan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah Ibnu Umar, Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya orang meninggal dunia akan terseksa oleh tangisan keluarganya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tangisan Bumi Kelantan sehingga Bah besar melanda, membawa petanda kehilangan ulama tersohor. Semoga Allah merahmati Allahyarham TGNA. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Allahu Akbar!!!

Wednesday 21 January 2015

Penampilan dan Keterampilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

Hai wanita-wanita Muslim di luar sana, mana satu yang lagi bagus? Menutup aurat dengan sempurna ataupun menutup aurat ala kadar saja?

Meh baca yang ni sekejap:

"Mamat pergi ke kedai runcit Pak Jakon untuk membeli sekilo tepung gandum atas suruhan ibunya. Sampai di kedai runcit Pak Jakon, dia ternampak seorang anak kecil merengek-rengek mahukan gula-gula lolipop yang dicucuk-cucuk di bahagian penutup balang lolipop itu. Padahal, di tangan anak kecil itu sudah ada sebatang gula-gula lolipop. Cuma lolipop di tangannya itu, terkoyak sedikit balutannya dan anak kecil itu mahu yang lebih sempurna balutannya. Oleh kerana ibu si anak kecil itu sedang sibuk memilih cili padi, Mamat pun membantu anak kecil itu mengambilkan lolipop yang baharu untuk digantikan dengan yang terkoyak di tangannya."

Cerita merapu. ok. Fine. Hahaha. Motif yang cuba diketengahkan adalah, kalau penutupan aurat kita kurang sempurna, maka kuranglah kemanisan diri kita.


Tapi sebenarnya, aurat dalam Islam bukan hanya pada penampilan sahaja. Tak guna juga kalau bertutup litup bagai, tapi suara kuat sepelaung. Bukan setakat suara je kuat, caci maki bagai semua cukup. Astaghfirullah. Orang macam gini kompem ingat tutup aurat; bertudung berjilbab bagai tu cuma fesyen.

Rasulullah dah pesan dengan kita semua dalam hadis baginda yang bermaksud, “Sesiapa yang melabuhkan pakaian atau kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tu satu hal. Belum yang mekap tebal-tebal lagi, tapi pakai tudung. Tudung labuh pula tu. Kalau yang berpurdah (niqab) tang mata kemain calit celak dan lukis kening. Tebal dan meleding alis dengan bulu matanya. Subhanallah. Ni orang-orang yang hilang akal ke apa ni?

Hadoi la...buat semua benda biarlah kerana Allah. Lillahi ta'ala kata orang tua-tua

Pesan Nabi kita dalam hadisnya yang bermaksud, "Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis riwayat Ibnu Mas'ud)

Nak cakap lagi, lukis kening tu pun dikira tatu sebab tatu tu sendiri membawa maksud, melukis di atas kulit benda yang hidup. Sama ada kekal ataupun tidak. Sedangkan melukis kening tu aje dah dikira merubah kejadian yang Allah kasi. Sedangkan kita dah tau apa hukumnya kalau kita merubah sesuatu yang Allah telah ciptakan untuk kita. Na'uzubillah.

Tu belum cerita lagi yang menutup aurat ala kadar. Ko ingat dalam bab aurat ni boleh macam fast food yang ala carte tu ek? Tapi betul lah. Manusia tu tak sempurna keseluruhannya. So, mari kita sama-sama usaha mencari kesempurnaan untuk diri kita sendiri. Lillahi ta'ala.

Mana-mana yang tak baik dan kurang elok tu, kita buang. Tak boleh buang terus, buang sikit-sikit. Sebab lama-lama jadi bukit. Hehe. Moga kita sama-sama dapat kongsi syurga yang Allah cipta di Akhirat sana. Yang suka perli-perli orang nak berubah tu pun kena berubah juga. Berubah untuk sama-sama rebut pahala.

Jomlah jadi baik.
Kamsahamnida, pembaca.
~annyeong