Saturday 8 March 2014

Selamat hari lahir, Ahjussi!!!

Assalamualaikum dan selamt sejahtera pembaca....

Hari ini Ahjumma nak buat dedikasi untuk Ahjussi (Encik Suami). Tarikh hari lahir beliau adalah hari ini dan Ahjumma suka nak cerita sikit tentang Ahjussi ni. Dia seorang yang pelembut (bukan 'tak tahan mak' ya) dan penyabar. Kami sudah mendirikan rumah tangga hampir 16 tahun (Alhamdulillah). Selalu bergaduh dan cepat-cepat berbaik semula (sedangkan lidah lagi tergigit, kan?). Ahjumma suka cari pasal manakala Ahjussi pula suka duduk diam-diam.

Ahjussi sangat pandai mengambil hati Ahjumma. Dia tidak pandai marah dan bila marah mesti Ahjumma akan tergelak diam-diam (sebab kelakar). Jiwa Ahjussi sangat sensitif. Dia suka budak-budak kecil dan sangat suka dengan kucing. Makanan feberet dia adalah masak kari, masak merah, kuzi dan masak kurma. Ahjumma tak pandai masak lauk-pauk feberet dia tu, tapi dia tak pernah marah sebab dia kata, boleh beli dan lebih jimat berbanding masak sendiri.

Ahjussi seorang pekerja yang tekun, rajin dan amanah. Selama kami di obesi dulu, dia pernah bekerja dengan seorang majikan arab. Majikan arab tu sangat suka dengan dia. Bila dah balik Malaysia, kami mula bekerja dengan majikan yang sama. Majikan kami tu pun suka dengan dia berbanding dengan Ahjumma. Bila kami tukar kerja dengan syarikat lain dan majikan lain, dia tetap menjadi pekerja yang disukai majikan baru berbanding Ahjumma (Ahjumma tak kisah pun sebab memang Ahjumma tak suka nak menonjolkan diri sangat. Hehehe....)

Ahjussi adalah pemandu peribadi Ahjumma. Dia sangat baik hati nak bawa Ahjumma kemana saja dengan kereta kami tu sebab Ahjumma seorang yang tidak pandai memandu. Kalau anak-anak nak kemana-mana pun, dia akan bawa dan ambil semula dari tempat tu.

Ahjussi seorang penyemat. Dia tak pandai sangat pakai t-shirt kalau keluar ke mana-mana. Tapi Ahjumma selalu paksa dia untuk pakai t-shirt supaya kelihatan lebih santai. Itupun makan tahun juga nak paksa dan sekarang dia dah boleh pakai t-shirt tapi dengan syarat mesti berkolar.

faridahahjumma.blogspot.com

Buat Ahjussi: Terima kasih kerana sudi jadi suami yang baik untuk Ahjumma dan sudi terima Ahjumma seadanya. Terima kasih juga kerana menjadi papa yang sempurna untuk anak-anak kita. Ahjumma sayang Ahjussi sangat-sangat. Bermacam dugaan yang telah kita hadapi dalam kehidupan kita selama hampir 16 tahun berumah tangga. Semua itu telah mematangkan kita berdua dan mengajar kita untuk sentiasa tenang dan redha. Moga hubungan kita akan terus berkekalan hingga ke anak cucu dengan limpahan harta dan kasih sayang sepanjang hayat. Allahumma amin....

Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.