Thursday 27 February 2014

Kelebihan Surah-surah dalam al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.

faridahahjumma.blogspot.com

Al-Quran adalah wahyu yang dikirim kepada umat manusia melalui junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam. Setiap ayatnya merupakan mukjizat terbesar yang masih wujud hingga kini. Al-Quran mempunyai 30 juz dan 6236 ayat menurut riwayat Hafsh, 6262 ayat menurut riwayat ad-Dur, ataupun 6214 ayat menurut riwayat Warsy. Surah-surah dalam al-Quran terbahagi kepada surah-surah makkiyah dan madaniyah bergantung pada tempat dan waktu penurunan surah tersebut (Mekah ataupun Madinah, sebelum ataupun sesudah hijrah). Dalam al-Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu.


Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

1) Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

2) Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

3) Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

4) An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

5) Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

6) Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

7) Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

8) Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

9) At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

10) Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

11) Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

12) Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

13) Al-Ra'du: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. 

14) Ibrahim: Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.

15) Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah subhanahu wa ta'ala dan di sisi manusia.

16) An-Nahl: Diberikan ilmu dan sekiranya dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

17) Al-Israk: Mulia di sisi Allah subhanahu wa ta'ala dan menang melawan musuh-musuhnya.

18) Al-Kahfi: Tercapai cita-cita dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

19) Maryam: Menghidupkan sunnah para nabi, dituduh dan dihina tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.

20) Taha: Kebal daripada khianat tukang-tukang sihir.

21) Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

22) Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

23) Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

24) An-Nur: Allah subhanahu wa ta'ala menerangi hati dan kuburnya.

25) Al-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dengan yang batil.

26) As-Syu'ara: Allah subhanahu wa ta'ala melindunginya dari kejahatan.

27) An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

28) Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

29) Al-Ankabut: Sentiasa berada dalam penjagaan Allah subhanahu wa ta'ala sehingga mati.

30) Ar-Rum: Allah subhanahu wa ta'ala memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin dan ramai umat akan mendapat pertunjuk daripadanya.

31) Luqman: Diberikan hikmah.

32) As-Sajdah: Insya-Allah mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.

33) Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

34) Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri daripada masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

35) Fatir: Allah subhanahu wa ta'ala membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

36) Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah subhanahu wa ta'ala.

37) As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

38) Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

39) Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

40) Al-Mukmin (Ghafir): Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

41) Fussilat: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

42) As-Syura: Panjang umurnya.

43) Az-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

44) Ad-Dhukan: Diberikan kekayaan.

45) Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah subhanahu wa ta'ala.

46) Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

47) Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

48) Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

49) Al-Hujurat: Allah subhanahu wa ta'ala merahmatinya.

50) Qaf: Dimurahkan rezekinya.

51) Az-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

52) At-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

53) An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

54) Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

55) Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

56) Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

57) Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

58) Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

59) Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

60) Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

61) As-Saff: Ingin mati syahid.

62) Al-Jumu'ah: Allah subhanahu wa ta'ala mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

63) Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

64) At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

65) At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

66) At-Tahrim: Mampu memotivasikan diri dengan lebih baik.

67) Al-Mulk: Besar kerajaannya.

68) Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

69) Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

70) Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

71) Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

72) Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

73) Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

74) Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

75) Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

76) Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

77) Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

78) An-Naba': Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

79) An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

80) 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

81) At-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

82) Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

83) Al-Mutaffifin: Allah subhanahu wa ta'ala memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

84) Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

85) Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

86) At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

87) Al-A'la: Mudah segala urusannya.

88) Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

89) Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

90) Al-Balad: Allah subhanahu wa ta'ala memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka memberi makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

91) As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

92) Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

93) Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

94) As-Syarh (al-Insyirah): Menenangkan dan melapangkan jiwa serta dipermudahkan segala urusan

95) At-Tin: Menjadi rajin dan bersungguh-sungguh serta tidak suka membuang masa.

96) Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

97) Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

98) Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

99) Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

100) Al-'Adiyat: Mendapat hadiah berupa kuda daripada Allah di akhirat kelak.

101) Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

102) At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

103) Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

104) Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

105) Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

106) Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

107) Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

108) Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

109) Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

110) An-Nasr: Allah subhanahu wa ta'ala menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

111) Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

112) Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

113) Al-Falaq: Allah subhanahu wa ta'ala memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

114) Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

Rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Surah
http://rutab82.blogspot.com/

6 comments:

  1. seronok bile dpt thu khasiat2 AL-QURAN ni .tq share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat memberi manfaat. Terima kasih juga sudi singgah :-)

      Delete
  2. Assalamualaikum w.b.t.
    Wahai saudari, saya ingin tegur bahawa pd nombor 36) surah yasin terdapat kesalahan pd blakang nama Rasulullah. Mohon menukarnye segera, takut mengelirukan orang yg mmg tdak tahu.

    ReplyDelete
  3. Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.