Thursday 27 February 2014

Mengenali Pointer Pick Tool

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

Dalam CorelDRAW terdapat banyak tool yang bermacam-macam kegunaannya. Tool paling atas yang terdapat pada toolbox adalah Pick Tool. Pick Tool ini biasa digunakan untuk melakar objek. Ia juga berfungsi sebagai penunjuk (pointer) objek, memilih objek, memusingkan objek, memindahkan, mengubah saiz objek dan sebagainya.

faridahahjumma.blogspot.comfaridahahjumma.blogspot.com




Setiap kali kita siap melakar ataupun mencipta sesuatu grafik di CorelDRAW, posisi mouse kita tidak akan pergi ke Pick Tool secara automatik, namun kita perlu klik pada simbol Pick Tool itu secara manual ataupun kita boleh klik Ctrl + Space di keyboard dan untuk melepaskan Pick Tool itu pula, kita boleh klik pada Esc di keyboard ataupun boleh juga klik di area kosong pada ruang lakaran CorelDRAW.

Fungsi utama bagi Pick Tool adalah seperti berikut:

faridahahjumma.blogspot.com


Untuk memusingkan objek, pembaca perlu klik dua kali hingga anak panah bertukar seperti yang tersebut.

Sampai di sini dulu kali ini.
Terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.