Thursday 27 February 2014

Pengenalan dan Kegunaan Corel Draw

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.

Penggunaan pelbagai software memang satu kelebihan bagi seseorang. Apatah lagi jika orang itu adalah seorang editor macam Ahjumma. Hahahaha. Jom, baca pasal software yang Ahjumma guna untuk mengedit manuskrip!

Pengenalan Coreldraw:

faridahahjumma.blogspot.com

CorelDraw atau CorelDraw grapics suite adalah sebuah program komputer yang Ahjumma guna untuk buat kerja-kerja editing dan designing. Biasa kalau kita nak taip sesuatu seperti buku ataupun rencana ataupun apa-apa sahaja, kita akan guna Microsoft Word, kan? Tapi kalau kita nak setting taipan kita tu jadi sebuah buku yang kemas mengikut saiz di pasaran, kita akan guna software tertentu seperti Adobe Illustrator, Pagemaker, Photoshop dan sebagainya. Macam tu jugalah dengan Ahjumma. Ahjumma guna CorelDraw.




Software CorelDraw ni dibuat oleh syarikat Corel iaitu sebuah perusahaan software yang berpusat di Ottawa, Kanada. Dengan menggunakan CorelDraw ni, Ahjumma boleh lukis gambar, melakar background, setting layout dan menyusun typesetting. Di Malaysia, penggunaan software Corel ni masih belum berleluasa. Kebanyakannya masih bergantung kepada Adobe Illustrator, ataupun Photoshop. Namun di Indonesia, sangat luas penggunaannya. Kebanyakan syarikat penerbitan memang akan guna software ni. Macam Ahjumma sendiri, Ahjumma memang sangat suka dengan CorelDraw. Penggunaannya sangat mesra alam (alam semesta ya...adoiii....)

Kelebihan Corel Draw Menurut Ahjumma:

faridahahjumma.blogspot.com

1) Semua tools yang ada dalam CorelDraw sangat mudah digunakan dan senang difahami. Kalau baru nak cuba-cuba, memang tak kekok.
2) CorelDraw sangat bagus untuk digunakan dalam pengeditan kerana mudah untuk menyatukan gambar dalam penulisan. Senang cakap, nak buat buku bergambar, best guna CorelDraw ni.
3) Setiap gambar ataupun vektor yang dihasilkan oleh CorelDraw boleh dikecilkan ke tahap yang paling rendah namun gambar yang terhasil masih mempunyai hasil bitmap yang cantik dan sempurna macam photoshop.
4) Setiap hasil typesetting (susun atur huruf) yang kita buat boleh diconvert terus ataupun ditukar ke pdf ataupun jpeg secara terus (tanpa install software pendua) sebelum dihantar ke printing.

Kegunaan Corel Draw:

faridahahjumma.blogspot.com

1) Design kulit buku
2) Buat layout buku
3) Design logo atau simbol
4) Buat dan design brocure
5) Buat dan design segala jenis kad (kad kawin, kad raya, kad nama, dll)
6) Lukis dan warnakan gambar

Demikianlah penerangan serba ringkas tentang CorelDraw serba sedikit yang Ahjumma tahu. Coreldraw ni sendiri dah bermacam graphic suitenya di pasaran sekarang. Setakat hari ini, dah ada graphic suite X7 (17) . Kalau yang bukan graphic suite punya, memang dah banyak sangat. Macam Ahjumma, Ahjumma guna graphic suite X3 (13). Kenapa Ahjumma ketinggalan zaman? Sebab tangan dan otak Ahjumma sangat selesa berkerja dengan graphic suite X3. Hehehehe.

faridahahjumma.blogspot.com


Kalau ada sesiapa antara pembaca yang pernah ataupun sedang guna CorelDraw macam Ahjumma, jom kita kongsi cerita. Kepada yang baru nak cuba guna tu, teruskan usaha ok. (Daaaah! Pergi google dan install software CorelDraw sekarang!)

Sekian, terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

1 comment:

  1. Banyak juga hasil dari corel sepertinya keren-keren bagus deh pokoknya..

    Kunjungan balik: Buat Blog Gratis

    ReplyDelete

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.