Friday 9 May 2014

Cerita tentang Kapsul Nurani

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

Apa itu Kapsul Nurani? Ia adalah sebuah buku yang menghimpun 50 karya menarik daripada 50 orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah Ahjumma. Ya. Ahjumma... (kau ada?)


Terima kasih Allah atas anugerah ini. Karya Ahjumma bersama 49 penulis lain sudah berada di tangan Ahjumma akhirnya. Ahjumma berjaya memegang naskhah ini pada 6/5/14 walaupun ianya sudah terbit sebulan yang lalu serta telah digempar-gempurkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Apa-apa pun, Alhamdulillah.


Setiap penulis yang karyanya dikongsikan dalam buku ini akan mendapat 20 naskhah percuma daripada pihak penerbit.


Nak tahu lebih kanjut tentang pembikinan dan pengurusan buku ini, bolehlah klik link di bawah caption gambar-gambar yang berikut ini.

Antara iklan sebelum PBAKL
Dari laman sesawang Kapsul Nurani
Kesungguhan iklannya
(Masa ni, Ahjumma cuma mampu telan air liur je sbb tak dpt pegang lagi buku ni)
Ehsan laman sesawang Kapsul Nurani 
Di sini Ahjumma bukan nak cerita pasal isi buku ataupun buat review ke apa. Ahjumma cuma nak cerita pengalaman Ahjumma dalam mendapatkan naskhah percuma yang 20 buah ni.

Pada awalnya, Ahjumma cadang nak minta pihak penerbit poskan terus buku ini dari Kuala Lumpur ke Johor. Namun, berbetulan dengan pesta buku dan syarikat tempat Ahjumma kerja ni ada join pesta buku tu juga, maka Ahjumma minta tolong daripada sahabat agar buku ini dibawa balik bersama pengangkutan lori yang membawa balik semua stok  buku-buku kami selepas pesta buku.

Nak dijadikan cerita, mereka yang membantu ini tadi, tidak membuat pengasingan ketika menyusun buku dalam kotak untuk dimasukkan ke dalam lori (dapat bawa balik ke Johor pun dah cukup bagus, Ahjumma oiiii!).

Ketika tiba di Johor, kotak-kotak buku yang banyak ini (bayangkan, sepenuh 7 buah lori), telah dihumban dengan jayanya ke dalam stor. Sekali lagi diulangi, dihumban  ya, bukan disusun dengan cantik dan penuh sistematik. Lori-lori tersebut tiba di Johor pada jam 3 pagi. Yang bekerja memunggah kotak-kotak tersebut hanya 4 orang. Mana larat nak susun bersistem dalam keadaan stor yang gelap (stor tersebut tiada bekalan elektrik).

Apabila Ahjumma mendapat berita tentang kepulangan mereka dari PBAKL keesokan harinya, Ahjumma terus tak sabar (waktu ni tak terbayang lagi rupa stor yang tunggang-langgang tu). Ahjumma ajak dua orang sahabat iaitu Cik Puan Maslina Ngadiman (karya dia pun termuat dalam Kapsul Nurani ni) dan Cik Farhana untuk pergi ke stor itu bagi mencari buku Kapsul Nurani ni.

Berbekalkan tenaga Ahjumma dan dua lagi sahabat yang hebat, kami berjaya mengorek buku ini dari timbunan buku-buku yang pulang dari PBAKL di stor yang sangat padat itu.

Dimulakan dengan lafaz basmalah, kami sama-sama membuka laluan untuk mudah berdiri dan selesa bagi memunggah dan menyelongkar setiap isi kotak yang ada di depan mata.

Akhirnya, usaha kami tidak sia-sia. Buku berharga ini ditemui dalam salah satu kotak yang belum habis 1/3 dari stor diselongkar.

"Subhanallah!" Kata-kata pertama terpacul dari mulut Cik Puan Maslina Ngadiman ketika terpegang naskhah ini. Kapsul Nurani dibawa ke dadanya. Didakap erat umpama ibu yang menemui anaknya yang hilang selama berhari-hari. (Hehehehe.)

"Haaaa...kan.... Allah dah balas. Alhamdulillah. Tu la...instict tu memang perlu." Ujar Cik Farhana dengan wajah ceria berserta senyuman yang melebar. Perkataan 'instict' itu memang sudah hampir 50 kali disebut sejak mula kaki kami dijejak di stor yang penuh itu.

Ahjumma? Kaku seketika. Hingga Cik Farhana berkata, "Kak, bagi ustazah rasa buku tu. Dia belum pegang lagi."


Tuan punya blog yang ceria bila dapat pegang buku Kapsul Nurani.
Padahal bukan buku dia sorang pun,
tapi hasil usahasama 49 orang penulis lain
dan para editor Celik Huruf yang hebat2!
Ah! Kebab dan kopi arab di Restoran Hanin. Alhamdulillah. Itu reward kami bertiga.Oh, ya! Naskhah yang berjaya 'digali' dari timbunan kotak-kotak di stor tu cuma 19 buah saja. Selebihnya masih tertimbus ya. Ada sesiapa nak tolong carikan? Hehe.

Review buku ini? Nanti Ahjumma buat dalam entry lain. Entry yang ini dah panjang sangat.
Terima kasih, pembaca.
~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.