Dalam mendaki tangga usia, Ahjumma sering menoleh ke belakang untuk melihat sudah sejauh mana Ahjumma pergi. Ahjumma bersyukur kerana masih diberi nafas dalam iman dan Islam bersama keluarga yang indah yang Allah kurniakan.
Untuk entry dalam label ini, Ahjumma akan ceritakan perjalanan hidup seorang Ahjumma. Seorang yang biasa-biasa sahaja. Perkongsian ini adalah sebagai catatan kenangan selagi Ahjumma masih mampu mengingati segalanya.
Secara ringkasnya, Ahjumma adalah seorang isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada dua orang puteri. Ahjumma bekerja di luar bidang pembelajaran degree. Bekas pelajar aliran agama dari menengah rendah hingga ke universiti. Pernah menuntut di luar negara dengan hasil titik peluh keluarga dan duit pencarian sendiri. Bekas pelajar nakal yang akhirnya menjadi seorang editor tidak ternama.
Ahjumma merupakan seorang anak kepada keluarga jawa yang sangat baik hati. Seorang anak perempuan kepada bapa yang agak garang namun sangat murah hati. Sudah kehilangan ibu sejak tahun 2011, dan kehilangan adik kandung pada tahun 2010. Ahjumma juga adalah seorang menantu yang kurang beridentiti. Tidak sempat mengenali bapa mertua kerana beliau pergi menemui Ilahi ketika Ahjumma masih di luar negeri.
Pahit manis suka duka dalam kehidupan Ahjumma terlalu banyak untuk dikongsi. Namun, cukuplah setakat ini untuk kali ini. Harapan dengan ringkasan ini membuatkan pembaca semua dapat mengenali Ahjumma seadanya.
Sampai jumpa dalam entry yang lain nanti. Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.