Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pembaca.
Ahjumma suka sangat tengok filem-filem yang ada unsur-unsur inspirasi dan semangat. Kalau tengok filem-filem macam tu, Ahjumma akan rasa bersemangat untuk terus jalani hidup ini seadanya.
Ahjumma teringin nak tengok filem ni. Plot cerita menarik dan temanya pun bagus. Paling terkesan dengan kata-katanya: Courage beyond Word (Keberanian di sebalik Kata-kata). Mantap!
Ahjumma teringin nak tengok filem ni. Plot cerita menarik dan temanya pun bagus. Paling terkesan dengan kata-katanya: Courage beyond Word (Keberanian di sebalik Kata-kata). Mantap!
"Jika mata anda boleh berkata-kata, apa yang akan mereka katakan?"
Ditulis oleh Michael Petroni (berdasarkan novel yang paling laris dijual di antarabangsa oleh Markus Zusak), hadir satu lagi hasil hebat dan terbaik oleh seorang lelaki yang hebat ini! Walaupun ianya berlatarbelakangkan kengerian Perang Dunia II Jerman, Liesel, seorang gadis kecil mendapat ketenangan dengan mencuri buku dan berkongsi dengan orang lain. Manakala di bawah kolong rumah keluarga angkatnya (yang dihuni oleh Liesel), tinggal keluarga Yahudi yang dilindungi oleh keluarga angkatnya itu. Menarik kan jalan ceritanya?

Sinopsis ringkas filem ini:
Filem ini diadaptasi daripada buku antarabangsa yang paling laris dijual, The Book Thief menceritakan kisah Liesel, seorang gadis muda yang luar biasa dan berani, dihantar untuk tinggal dengan keluarga angkat yang baik hati ketika terjadi Perang Dunia II Jerman.
Dia belajar untuk membaca dengan galakan daripada keluarga barunya dan Max, iaitu pelarian Yahudi yang tinggal bersembunyi di bawah kolong keluarga angkatnya.
Bagi Liesel dan Max, kuasa kata-kata dan imaginasi menjadi satu-satunya cara untuk melarikan diri dari peristiwa huru-hara yang berlaku di sekeliling mereka. The Book Thief adalah sebuah cerita kehidupan penuh inspirasi yang bertemakan semangat kejiwaan untuk terus hidup.
Ingin tahu lebih lanjut, jom Tengok sini. Sekian, terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.