Thursday, 6 February 2014

Diet dalam Kehidupan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.

Orang sakit kata, "Makan apa saja selagi badan sihat dan boleh makan."
Orang sihat pula kata, "Makan ala kadar saja, nanti kalau sakit, susah...dah tak boleh makan."
Pening! Ya, Ahjumma pening. Ada pula yang jenis dah sakit tu, tapi masih mampu makan apa saja. Alasannya, "Tak apa...lepas aku makan macam-macam ni, aku makan ubat lah pula nanti." Aduhai...!

Memang ada sesetengah orang sangat memerhatikan pemakanannya kerana spesis ini sangat risau akan perut mereka. Betul juga tu, perut adalah punca segala penyakit. Namun begitu, pernah tak kita kaji atau baca cara gaya makan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam? Orang Barat sekarang ni pun sedang berusaha mengkaji al-Quran dan hadis untuk cari gaya makan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, tau. Sebab mereka nak tahu apakah makanan kebiasaan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam yang boleh mencegah penyakit pada usia muda.

Apa kata kalau Ahjumma bawa pembaca kepada isi yang berkaitan dengan tajuk di atas tu, supaya kita dapat mengamalkan sendiri cara tu tanpa tunggu hasil kajian dari Barat.

Makanan pertama sejurus bangun daripada tidur:

Apabila Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam terjaga daripada tidur di awal pagi (sebelum subuh), dan menunaikan solat sunat serta berzikir, baginda akan minum segelas air jarang (jawanese maaaa...melayu panggil: Air putih kot...) yang tidak sejuk dan tidak panas kemudian dicampurkan dengan sesudu kecil madu asli.

Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Aisyah radiallahu anha katanya, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam amat gemar memakan manisan dan madu. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda, ”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (pada waktu pagi) setiap bulan, (dengan izin Allah) dia tidak akan terkena penyakit teruk.”

Telah berkata Imam Ibn Qaiyim, “Dan petunjuk Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tentang minuman adalah, baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.” Sejuk yang dimaksudkan bukan sejuk peti ais ya, pembaca.

Dalam ilmu perubatan, madu dapat meningkatkan kemampuan alat pencernaan untuk berkerja lebih sempurna.

Sarapan pagi:

Setelah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam minum segelas air bercampur madu, baginda akan berehat untuk seketika kemudian menyambung ibadah subuh pula. Setelah solat subuh, baginda akan bertafakur sebentar memikirkan tentang ibadah dan ketaatannya kepada Allah Subhanahu wa Taala, hinggalah menjelang waktu Dhuha.

Selesai mengerjakan solat Dhuha, baginda akan memakan 7 biji kurma kering yang dicelupkan ke dalam segelas susu segar. Perkara berkaitan kurma kering ini ada disebutkan dalam riwayat beliau oleh Abu Nuaim dan Abu Daud, “Barang siapa memasuki pagi hari dengan 7 biji kurma kering, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir.”

Menurut ilmu perubatan moden, 7 biji kurma kering ini dapat menyeimbangkan enzim badan manusia dalam sebulan.

Hal ini juga telah diungkapkan oleh seorang ilmuwan Yahudi, Andrea Well, yang mengumumkan keislamannya setelah penelitian ini. Penelitian yang dilakukan olehnya yang berjudul “Sab’u Tamraat Kaafiyah (7 Biji Kurma Kering Sudah Cukup),” menyimpulkan bahwa 7 biji kurma kering yang dimakan secara rutin setiap hari dapat mengubati keracunan, dan ia memberikan nasihat kepada semua negara yang memerangi keracunan agar memakan 7 biji kurma kering secara rutin setiap hari.

Makan tengahari:

Setelah mengambil 7 biji kurma dan segelas susu, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tidak makan sehingga baginda selesai mengerjakan solat asar. Seusai solat asar, baginda akan makan sepotong roti gandum bersama sesudu minyak zaitun yang telah dititiskan dua titik cuka.

Minyak zaitun ini memang banyak manfaatnya. Selain dapat mencegah kanser, ia juga dapat mencairkan lemak dalam badan. Hal ini telah diakui oleh Andrea Well, seorang saintis, apabila dia telah melakukan esperimen tentang perkara berkaitan. Minyak zaitun juga dapat mengelakkan pengerasan pembuluh darah. Selain menguatkan fungsi otak, ia juga dapat memperbaiki sel-sel darah yang terkena jangkitan kuman.

Keberkatan minyak zaitun ini juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud, “… Minyak dari pohon yang berkah, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api….” (Surah an-Nur : 35).

Makan malam:

Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam akan mula makan malam setelah solat isyak. Baginda akan mengambil sepotong roti gandum dan segelas yogurt asli. Dalam perubatan moden ada membuktikan bahawa pengambilan secawan yogurt ketika makan malam dapat membersihkan usus besar daripada sisa makanan. Ia juga dapat merehatkan sistem pencernaan dan tidak mengakibatkan perut terbiar kosong. Haaaa..begitulah pembaca...Begitulah cara amalan pemakanan biasa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Kajian ilmu perubatan yang dilakukan oleh Doktor Abdul Basith Sayyid Muhammad dalam sebuah tulisannya yang berjudul “Al Isytisyfaa’ Bi Tho’aamin Nabi (Berubat dengan Cara Diet Nabi Sallallahu alaihi wasallam) telah membuktikan bahawa amalan pemakanan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memang sangat bermanfaat kepada tubuh badan kita. Selain dapat menguatkan fizikal, ia juga dapat mencegah diri kita dari tanda-tanda penyakit awal. Malah penyakit kronik juga dapat dihindari jika kita mengamalkan pemakanan tersebut.

Tiba-tiba Ahjumma terus dapat idea begini: Diet paling mudah adalah puasa. Tapi puasa hari-hari tanpa henti hukumnya haram. Jadi, otak Ahjumma kata, "Apa kata kita pusingkan gaya hidup kita ni 360 darjah?!" (Ko appeeehalll?) Jom kita berhenti makan siang, dan cuma makan malam saja. Pembaca boleh? Apsal tak boleh? Selama ni kita asyik ikut cara Barat je dalam soal makan. Konon kalau makan malam, cepat gemuk la...makan sebelum tidur, makanan tak boleh hadam la.... Sedangkan Islam mengajar kita untuk berhenti makan siang (puasa) sekali sekala. Jadi kita pun kenalah cuba berhenti makan siang. Maksudnya, jangan makan berat-berat pada waktu siang, cuma makan biskut ataupun kekacang ataupun kurma kering saja. Kita akan makan roti ataupun nasi pada waktu malam. Mampu? Jom kita cuba!

Sekian. Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.