Assalamualaikum pembaca.
Selaku seorang editor bawahan seperti Ahjumma ni, Ahjumma rasa macam tak layak nak cakap pasal kulit buku atau book's cover. Namun, seorang editor adalah pemegang amanah penulis. Penulis biasanya mempertaruhkan hidupnya melalui penulisannya. Namun, seorang editor yang bakal menyusun atur dan merombak sistem letak atur tulisan penulis itu, mempertaruhkan kulit buku sebagai pelaris jualan buku itu.
Tugas editor adalah memilih konsep yang sesuai untuk membuat kaver. Lepas tu, setiap perincian data kaver tu akan dijadikan maklumat arahan kepada si pereka kaver, itupun setelah mendapat persetujuan daripada bigboss la...(sebab editor bawahan macam Ahjumma ni masih memerlukan kata "hitam-putih" daripada tuan pengarah syarikat ya....)
Kulit buku juga boleh dianggap sebagai untung dan rugi sesebuah hasil penulisan. Memang orang Barat kata, "Don't judge the book by it cover," tapi itu dulu.... Dulu lain...sekarang lain.... Hahahaha.... Memandangkan "jaman" sekarang ni dah banyak sangat jenis buku yang berada di pasaran, jadi kita terpaksa bersaing untuk memajukan hasil usaha kita. Senang kata, kaver buku siapa yang lebih menarik, buku itulah yang bakal laris. Penulis yang dah penat-penat keluarkan idea untuk menulis pun mesti kembang setaman bila tengok kaver buku dia cantiiiiiik sangat ^_^ Mungkin dalam hati mereka berkata, "Eee...cantiknya kulit buku aku...mesti laris buku aku ni nanti...mesti 'masyuuuk' royalti aku nanti...." Mungkin....
Baiklah, intro pun dah panjang. Eloklah sekiranya Ahjumma terus masuk ke poin penting yang berkaitan dengan tajuk di atas tu. Bagi mereka yang sentiasa bergelut dalam dunia percetakan, tentu mereka kenal apa itu "finishing". Finishing untuk kulit buku ni memang berjenis. Kalau untuk majalah mungkin satu jenis saja. Untuk buku, lain. Opss! Sebelum tu, mungkin pembaca nak tahu apa yang dimaksudkan dengan "finishing" kan? Finishing ialah sentuhan akhir, ya pembaca. Sentuhan akhir yang kita buat untuk mencantikkan lagi kulit buku kita tu. Dalam pembikinan buku itu sendiri ada dua jenis "finishing"; finishing buku dan finishing kaver.Tapi untuk kali ini Ahjumma nak taip tentang finishing kaver (Dah nampak bold warna merah? Tolong jangan kompius).
1. Soft Cover (kulit lembut) dan Hard Cover (kulit keras)
Baca poin je dah tau kan apa maksud kulit lembut dan kulit keras tu? Jangan rasa kulit muka sendiri pula lepas baca. Yang Ahjumma taip ni adalah pasal kulit buku ya. Soft Cover adalah kulit buku biasa. Diperbuat daripada kertas biasa cuma agak tebal dan gsm dia lebih berat berbanding kertas kajang ataupun kertas A4 (kertas A4 pun tak tau? Alaaaa...kertas photostat tu....). Manakala Hard Cover pula adalah jenis kulit buku yang ditambah carboard ataupun span nipis untuk penampakan ketebalan dan kekukuhan kulit buku tersebut...(selalu kita tengok pada kaver al-Quran ataupun buku berjilid).
Kulit Lembut dan Kulit Keras |
2. Lamination
Lamination ialah lapisan plastik yang nipis yang biasanya disalutkan secara kemas ke atas kertas biasa. Benda ni akan memberi kesan kilauan pada permukaan kulit buku. Lamination sebenarnya ada banyak jenis. Biasanya orang pilih lamination ni mengikut kesesuaian jenis buku. Di sini Ahjumma sebut secara ringkas jenis-jenis lamination untuk kulit buku:
- Glossy: Memberi kesan licin dan kilat.
- Doff atau Matt: Memberi kesan lembut dan kesat. Namecard pun biasanya ada yang matt lamination. Kalau dah letak lapisan matt lamination ni, kaver ataupun namecard tak akan mudah dikoyak.
- UV atau Vernish atau Spot UV: Memberi kesan kilauan yang timbul dan kilat. Spot UV ni biasanya tidak dibuat pada keseluruhan kaver (kalau Ahjumma dapat arahan daripada orang yang nak buat Spot UV pada keseluruhan kaver bukunya, Ahjumma akan cakap macam ni: Gila kau?). UV atau Vernish atau Spot UV ni adalah suatu penghasilan efek yang biasa dibuat pada logo syarikat, tulisan tajuk buku ataupun corak tertentu pada kaver buku. Ada sesetengah orang suka buat kesan Spot UV ni pada tajuk buku dan sinopsis di belakang buku. Hasilnya, benda yang di Spot UV kan ni akan nampak kilat dan timbul manakala yang lain, nampat matt.
Glossy dan Matt Lamination |
Spot UV |
3. Emboss dan deboss (biasa kalau buat maklumat kaver, Ahjumma taip Emboss je, orang kilang printing tu akan faham. Hehehehe....):
Pernah tak pembaca belek kulit buku yang mana tajuk bukunya nampak timbul keluar dan bila tengok bahagian dalam kaver mencekung ke dalam? Itu la emboss. Emboss ni memang biasa digunakan untuk logo dan tajuk buku sahaja.
Emboss |
4) Hot Stamping (Gold ataupun Silver):
Finishing jenis ni jarang-jarang orang buat kecuali pada al-Quran ataupun buku-buku kulit keras untuk buku berjilid sahaja. Senang cakap, ianya dikhususkan untuk Hard Cover. Tapi ada juga yang sanggup buat pada kad raya ataupun kad jemputan majlis. Bila nampak kad yang ada hot stamping ni, memang nampak grand lah! Kalau nak buat hot stamping ni, kita wajib kena buat emboss dulu. Kalu tak ada yang timbul dan cekung, macam mana nak di salut emas ataupun perak, ya tak? Hot stamping dibuat bertujuan untuk memberi kesan eksklusif dan tampak mahal di mata (mata orang lain...mata Ahjumma biasa je...hahahaha....)
Gold Hot Stamping |
Hurm...dah faham tentang finishing kaver atau sentuhan terakhir untuk kulit buku ni? Lepas ni, setiap kali beli apa-apa buku, bolehlah belek lebih-lebih sikit pada kavernya tu. Boleh lap-lap tangan pada kaver tu (jangan buat lama-lama, kang orang kaunter jeling-jeling...buang tabiat ke apa ko ni?) Lepas tu bolehlah pembaca banding-bandingkan mana satu matt lamination atau emboss dan sebagainya (tak kuasa daku).
Baiklah. Setakat ini saja ilmu finishing yang Ahjumma ada.
Terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.