Tuesday, 1 October 2013

Kerja sebagai Seorang Editor Tidak Mencabar?

Assalamualaikum pembaca....

Ahjumma sihat hari ni, Alhamdulillah. Cuaca di tempat Ahjumma ni pun kelihatan cerah buat masa ni (Ayat biasa. Yang terlalu biasa digunakan oleh orang-orang ~tanya khabar dan tanya cuaca.) Kalau kita baca dalam novel cintan cintun pun biasanya banyak yang memulakan penulisan dalam bab-bab tertentu dengan keadaan cuaca.

Aha..tapi hari ni Ahjumma bukan nak cerita pasal cuaca ataupun novel. Ahjumma nak cerita pasal tajuk entry Ahjumma tu. Pasal kerja. Yes! Berkaitan kerja Ahjumma sebagai seorang editor. 

Ahjumma suka kerja aku ni. Syukur Alhamdulillah sebab Ahjumma dapat kerja yang selesa begini. Terima kasih Allah. Cuma bila kita sebut tentang perihal kerja ni, kompem la tak ada yang senang. Betul tak para pembaca yang budiman? Contohnya macam kerja Ahjumma ni.

Ramai yang bertanya Ahjumma, best tak jadi editor? Editor tu kerjanya macam mana? Susah tak?

Okkeh. Ahjumma jawab soalan yang pertama: Menjadi seorang editor memang best. Apatah lagi Ahjumma memang berimpian nak jadi editor dari kecik (selain impian nak jadi model, penulis, cikgu, pilot dll ~lain entry nanti Ahjumma cerita pasal semua impian aku tu). Dalam pada kita menjadi editor ni, kita boleh baca macam-macam buku dan dapat macam-macam ilmu.

Seterusnya soalan yang kedua tu: Kerja editor ni mengedit la..tak tau 'edit' tu apa? menyunting tau? bukan menyunting bunga di taman ya. Menyunting buku ataupun manuskrip. Apa pulak yang dimaksudkan dengan manuskrip tu? Pening ek? Manuskrip tu ialah bahan penulisan kasar yang belum jadi buku lagi. Senang cakap, ianya adalah kertas A4 yang penuh dengan isi cerita. Kertas A4 yang byk ya.

Biasanya, bila kita dapat manuskrip tu, kita kena tengok dulu isinya bagus ataupun tak, tajuknya kena ataupun tak. Kalau semuanya dah kena, baru boleh start urus manuskrip tu. Itu kalau manuskrip tu bertulis dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) atau Bahasa Melayu Standard (BMS) la..kerjanya jadi mudah. Tapi kalau bos beli mansukrip dari negara jiran, kenalah kita yang editor ni menterjemahkannya dulu.

Bab ni la yang susah dan yang paling Ahjumma tak suka. Sebab apa? Sebab, bila kita dapat manuskrip yang nak ditraslate dulu, ibarat kita ni nak kena tulis semula cerita tu mengikut gaya bahasa kita. Faham? Contohnya kalau manuskrip tu dalam Bahasa Indonesia yang pure 'indon' nya. Nak-nak plak memang orang tengah kering idea and terpaksa bergantung sepenuhnya dengan idea penulis asal manuskrip tu. Memang masak la nak tulis semula dari 'A' sampai 'Z'..tapi nak buat macam mana..memang dah skop kerja Ahjumma macam tu. Redha n redah je la..

Ahjumma rasa perenggan yang atas ni dah menjawab sekali soalan yang ketiga tu. Kerja editor ni tak lah sesusah mana. Cari manuskrip / bli manuskrip -> buat editing -> susun layout -> buat prufing -> buat kaver -> cari pengedar untuk deal harga cetak -> hantar cetak -> cari transpot untuk deal amik buku kat kilang cetak -> terbit. Senang? Simple kan kalau ditulis? Hahahaha. Nak senang cakap, mana ada kerja yang senang pembaca.

Ini antara buku Ahjumma yang memang original Ahjumma buat and urus dari mula sampai siap jadi senaskhah buku. Cabaran wooo...Eh, kalau jumpa di pasaran, jangan lupa beli tau.

Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

4 comments:

  1. Kalau nak jadi editor ni mcmne akak?
    Akak amik course ape lps spm

    ReplyDelete
  2. Assalam. Sy mmg mnat nk JD editor ni.kos ap yg akak ambk n smbung blaja.

    ReplyDelete
  3. Kalau course Bachelor bahasa dan linguistik melayu (UPM), okey x?

    ReplyDelete
  4. teringin juga nk jadi editor...nak juga tahu incomenya..dan berkerja keran Allah taala

    ReplyDelete

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.