Saturday, 28 September 2013

Ahjumma dalam seorang aku

Assalamualaikum pembaca.

Idea ada tapi tidak tahu bagaimana hendak diluahkan dalam penulisan. Beginilah aku. Hok! Rasa nak pengsan cuba perah idea yang ada tapi segan hendak dikeluarkan. Perlu perah betul-betul untuk ditaip. Aku ini nama saja seorang editor tetapi penggunaan bahasa sendiri memang agak hancur. Oleh itu sering menaip entah apa-apa untuk hiburan diri sendiri.


Mungkin dalam dunia yang serba tua bagi aku, ianya semakin sempit. Sempit untuk aku melakukan apa-apa melainkan duduk di hadapan komputer nak menekan-nekan butiran papan kekunci ini. Mata pula semakin silau dan sepet dek membaca taipan sendiri yang adakalanya dikecilkan dan dibesarkan. Apakah?


Ataupun mungkin aku sudah terlalu tua untuk semua ini. Kerana itu pemandangan mata semakin kabur. Uban juga sudah mula memenuhi rambut. Tetapi aku tidak mahu dunia aku terhenti di sini. Aku masih lagi ingin keluar bergembira di luar sana. Ingin hidup bahagia seperti orang bahagia (tidak bahagiakah hidupku?). Apakah aku terlalu lama terperap dalam duniaku ini. Apakah aku?



Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.