Wednesday, 19 February 2014

Punca Perceraian Adalah Curang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

faridahahjumma.blohspot.com
Hari ini banyak sangat isu perceraian yang berlaku. Mereka yang bercerai ini pula, bukan yang baru setahun jagung melayari bahtera perkahwinan, ada yang sudah 7 ataupun 9 tahun berkahwin. Yang menambah kepelikan Ahjumma, jika mereka mampu bertahan selama itu, mengapa mereka mahu bercerai pula?

Mungkin ada yang kata, "Selama 7 ataupun 9 tahun itu, adalah perjalan rumah tangga yang dipenuhi azab. Sekarang sudah tidak mampu bertahan lagi tambahan pula, usia semakin lanjut."

Ataupun ada yang nak kata, "Masa setahun dua dulu, masa pasangan tunjuk belang, kita masih belum ada pengalaman untuk turun naik mahkamah. Sekarang ini, kalau nak cerai saja, sudah boleh google saja cara dan prosedurnya." Boleh gitu?

Ahjumma terbuka hati nak tulis topik cerai ni sebab kawan-kawan yang dekat dengan Ahjumma semua dah cerai (sangat sedih!). Tambahan pula bila tertengok berita pasal perceraian kali kedua pelakon cantik, Era Fazira tu (lagi sedih!). Nak tambah lagi apabila terbaca tajuk topik di FB: PERCERAIAN LEBIH BANYAK & LEBIH CEPAT BERLAKU DISEBABKAN GEJALA ISTERI CURANG (ko appehaaal?! Aku pun isteri jugak tau! Aku kena sentap!)

Sangat-sangat sedih bila baca topik tu. Dunia...dunia...apa nak jadi agaknya? Bukankah Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki daripada yang baik-baik.” (Surah an-Nahl, ayat 72)

Jadi, kenapa perlu bercerai? Kenapa memilih jalan bercerai? Okkeh! Seorang lelaki kalau membiarkan isterinya curang secara terang-terangan akan dianggap dayus. So, sebab tak nak dapat label dayus tu, kena ceraikan isteri, begitu? Bukankah manusia boleh berubah? Mengapa tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik? Hidup saling tegur-menegur, nasihat-menasihati, sentiasa redha, dan berubah ke arah yang lebih baik demi hasil yang terbaik.

Macamana pula dengan anak-anak? Aduh! Banyak sangat soalan Ahjumma. Mungkin segala persoalan inilah yang membuatkan Ahjumma hendak terus kekal dalam dunia perkahwinan ni. Kerana bagi Ahjumma, cinta dan sayang itu adalah menerima kelemahan pasangan kita seadanya. Bukan berusaha untuk mencari yang lebih baik dalam diri orang lain dan dibanding-bandingkan dengan kelemahan pasangan kita tu. Bagi Ahjumma juga, perkahwinan adalah satu medan perang yang memerlukan jihad yang besar dalam diri setiap pasangannya yang hidup di dalamnya. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan Ahjumma akan terus berjuang untuk hidup di dalamnya, insya-Allah. Allahumma amin.

Sampai sini dulu pembaca, terima kasih.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.