Aku menyusuri denai itu lambat-lambat. Kakiku yang tidak beralas seakan dapat menikmati rasa tanah yang lembut. Aku mendongak ke langit. Memicing mata melihat silauan mentari pagi di celah-celah dedaunan pokok yang meninggi. Damai di sini. Senyum sendiri. Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk menghirup udara segar pagi ini.
Hati ini kini tenang. Memerhati si kecil yang sibuk berlari melintasi diriku yang masih di situ. Berlari menuju ke hujung untuk segera menemui pantai. Aku tidak mahu lagi menjadi pemerhati. Lariannya ku iringi juga. Aku juga mahu bergembira di tepian pantai itu bersama mereka yang sudah sedia menanti dengan khemah yang sudah siap berdiri.
Pantai, jadikanlah aku setenang dan segagahmu. Tabah mengharung lautan nan luas. Petah berbicara dengan alam. Teguh menghempas bebatu. Moga dugaan hidup ini akan dapat aku harungi setenang dan sehebatmu. Berkati diriku ya, Allah.
“Ummi, cepatlah!” Anak kecil yang petah itu memanggilku sambil tangannya melambai-lambai. Aku hanya membalasnya dengan anggukan laju dan senyuman. Kakiku kini sampai di penghujung denai. Aku menoleh ke belakang. Ingin membezakan suasana tenang dan suram di susuran denai dengan keindahan dan kecerahan suasana pantai. Dua keadaan yang berbeza. Dahulu, denai yang tenang dan suram itu ibarat aku. Kesuraman itu terlalu banyak cabarannya. Namun cabaran itu yang kulalui telah berlalu. Tetapi masa lalu itu tetap menjadi sebahagian daripada diriku.
Terima kasih pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.