Thursday, 13 February 2014

Gout: Kebiasaan yang perlu dikurangkan ~Kena kurangkan minum MILO dan SUNQUICK?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.

faridahahjumma.blogspot.com
Gout merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Penyakit ini sudah menular dengan rancak dan yang paling ramai menghidapinya adalah kaum lelaki berusia dalam lingkungan 40-an. Namun ada juga kes gout yang menyerang lelaki berusia awal 30-an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap menyerang lelaki berusia antara 40-50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apakah sebenarnya penyakit gout ini?

Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami rasa sakit, rasa sukar untuk bergerak, pembengkakan dan rejangan pedih. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.


Antara punca gout adalah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram.

3. Gemar makan buah-buahan jeruk.
faridahahjumma.blogspot.com

4. Gemar makan mi segera.

5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa.

6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Gemar dan kerap minum teh kedai.

8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya.

9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.

10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu.

11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin

12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lain.

14. Terlalu kerap makan kari.

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan.

17. Kerap mengambil ubat pain killer.

18. Gemar memakan fastfood seperti burger.

19. Mengambil supplement tanpa nasihat doktor.

20. Gemar makan junkfood.

Erk! Banyaknya yang tak boleh dimakan! Sekiranya pembaca adalah penggemar makanan-makanan di atas tu, Ahjumma sarankan supaya kurangkanlah pengambilannya ataupun pembaca boleh tukar kepada menu lain yang lebih sihat contohnya air Milo digantikan dengan air Horlick. (Ahjumma pun kena belajar elakkan pemakan yang tersenarai di atas tu...adoiii aiii....)

Bagi mereka yang ada penyakit ini, cuba amalkan pemakanan seperti yang berikut ini:

1. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

2. Makan peria dan peria katak.

3. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.

4. Susu tepung.

5. Minyak zaitun satu sudu besar setiap hari.
faridahahjumma.blogspot.com
6. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus dan pegaga.

7. Buah Delima.

8. Epal hijau 2 biji seminggu.

9. Garam kasar menggantikan garam halus.

10. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen ataupun tab mandi) ataupun SPA.

11. Makan lebih banyak sayur-sayuran.

12. Makan kapsul HABBATUSSAUDA.

13. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari.

Itu antara petua atau amalan yang digunakan oleh mereka yang mengidap penyakit ini. Atau pembaca boleh juga amalkan pengambilan kolagen asli seperti rumpai laut yang sangat mendapat permintaan ketika ini.

Setakat ini dahulu perkongsian Ahjumma kali. Harap entry ini dapat memeberi pencerahan kepada pembaca tentang penyakit gout.

Terima kasih, pembaca.
안녕히 가세요! ~annyeonghi gaseyo!

Rujukan:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.