Thursday 20 March 2014

Buku Contengan Buatan Sendiri

Assalamualaikum pembaca.

Entry yang ini, Ahjumma malas nak ngomel panjang-panjang. Ahjumma cuma nak kongsikan gambar buku yang Ahjumma buat sendiri. Buku sketch dan buku untuk buat rekaan font ataupun melakar apa-apa sahaja. Simple je buku-buku ni. Semua buku ni adalah bersaiz A5 dan Ahjumma potong sendiri paper untuk sizing tu.

Yang pertama ni adalah buku sketch. Di mana kandungan kertas dalamnya hanya plain atau kosong tanpa garisan ataupun apa-apa corak. Buku ni Ahjumma guna untuk menyonteng dan melukis tanpa batasan (yeh!).

faridahahjumma.blogspot.com
Rupa kertas dalam, muka belakang dan muka depan.
Untuk buku yang plain ni, Ahjumma begitu rajin nak curvekan hujung bahagian atasnya (nak buatnya dengan air mata ya....). Binding tepi buku tu, Ahjumma guna gam putih kanji.

Manakala untuk buku yang di bawah ni pula, Ahjumma hantar ke kedai untuk di binding. Ahjumma minta pekedai tu buat spiral ring binding (besi). Mahal juga nak buat yang spiral ni. Buku ini dalamnya tidak kosong. Ianya adalah buku yang ada grid dot-dot. Buku ni Ahjumma gunakan untuk melakar lukisan ataupun tulisan yang bakal Ahjumma gunakan dalam pembikinan layout.

Muka depan

Muka Belakang

Kertas berlakar grid dot-dot

Ketebalan dan spiral ring binding
Jadi, macam mana pembaca? Berminat nak buat buku sketch sendiri? Kalau nak beli buku sketch sendiri yang macam jenama Moleskine tu, memang Ahjumma tak mampu la...

Kalau pembaca berminat nak buat sendiri dan rasa nak buat yang lebih cantik daripada ni, boleh tengok di sini ataupun di sini kalau tak pun, di sini. Ataupun pembaca boleh saja gunakan kehebatan Encik Google dalam hal ni.

Terima kasih pembaca.
~annyeonghi gaseyo!

2 comments:

  1. waaa...rajin dan kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak serajin dan sehebat Cikpuan Siti(Zoey) :-)

      Terima kasih sudi singgah.

      Delete

Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.