Saya hanya insan biasa. Banyak kelemahan dan kekhilafan diri. Tidak layak untuk menasihati, hanya ingin berkongsi kebaikan. Saya sedang belajar mendidik diri menulis kerana Allah. Apa yang saya rasa dan alami, saya akan luahkan lewat nukilan. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga kita sama-sama beroleh keredaan, rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
"Ditakuk mana saya duduk, itu hak saya. Saya di sini atas rasa suka dan saya membuat kerja saya yang sekarang ini atas rasa ketenangan diri sendiri kerana dengan kerja ini menjadikan saya lebih erat dengan yang Esa." ~Pekerja.
"Saya sudah penat dituduh sebagai penghalang masa depan orang lain. Saya pernah diumpatkeji disebabkan oleh hal ini. Sedangkan saya hanya sekadar meluah pendapat. Jika saya bertegas untuk tidak mahu memberi pendapat, itu bererti saya tidak mahu turut terlibat dengan keputusan masa depan orang lain. Jika ingin berjaya, biar berjaya tanpa ada 'nama' saya. Saya sendiri berusaha untuk berjaya dengan tidak membawa nama orang lain. 'Nama' orang lain itu sering mengungkit!" ~Isteri.
"Sesiapa yang ingin mengejar sesuatu yang dirasakan baik untuk ketenangan diri dan kepuasan jiwa, teruskan. Saya tidak mahu dikatakan sebagai batu penghalang, biarlah saya menjadi satu batu loncatan ke arah yang lebih baik. Moga hidup lebih diredai. Amin." ~Rakan baik.
"Apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari; apabila kita mengejar akhirat, maka dunia akan mengejar kita." ~Kata hikmah.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak pembaca. Terima kasih.